Pengumuman

Friday, January 22, 2010

Tahniah kepada penyelaras KAPA sekolah Tawau

Tahniah kepada semua guru penyelaras Kadet Pertahanan Awam Tawau, kerana mendapat surat pemangkuan pangkat Leftenen Muda (PA). Semoga dengan itu dapat meningkatkan lagi semangat tuan dalam memajukankadet disekolah tuan, saya doakan dari jauh.



salam.
badli rasli
Bukit Jelutong Selangor.

Tuesday, December 29, 2009

Selamat Tinggal Bumi Tawau

Setiap yang bermula pasti akan berakhir,
Setiap manusia akan merasai juga detik perpisahan,
perpisahan yang sementara,
atau perpisahan selama lamanya.

setelah 10 tahun saya berada di bumi tawau yang bertuah ini,
kini tibalah saatnya saya berpindah ke tempat baru pula,
kenangan selama disini akan dibawa hingga ke akhir hayat.

saya akan memulakan tugas baru di sk. bukit Jelutong Shah Alam,
Doakan saya berjaya di sana....

Friday, October 30, 2009

Balik Balik Balik


Yahoo.....
sedar tak sedar dah nak masuk bulan November....
14 November ni saya sekeluarga akan berangkat balik ke semenanjung bercuti.... disamping tu nak menghadiri konvokesyen untuk diri sendiri.....

Wednesday, October 14, 2009

sentiasa siap sedia

"Pertahanan Awam? Pegang senjata ke? macam askar ke? " macam - macamlah pertanyaan dari warga negara sendiri yang kurang arif dengan perkataan ini. Pernah sewaktu saya membuat rondaan semasa standby hari raya sekitar tahun 90an dulu, seorang anggota bomba dan penyelamat bertanyakan "siapakah yang membelikan minyak untuk kenderaan kami?". Itu dulu, sekarang JPAM (singkatan untuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) telah semakin mengorak langkah kehadapan.



Sejarah saya sendiri sebagai anggota, bermula dari Kadet Pertahanan Awam di SMA Al Khairiah Temerloh tingkatan 4 dan 5. Sekarang, sedar tak sedar telah hampir 20 tahun berkecimpung dengannya. Di Tawau, saya terlibat sebagai Pegawai Teknikal KAPA (Kadet Pertahanan Awam) Daerah. Insya Allah akan saya galas tanggungjawab ini kerana nak lihat KAPA Tawau berjaya. Saya juga ada meng"upload"kan modul dan silibus KAPA dalam Scrib. Nak cari? taip aje Modul KAPA pada enjin carian Google, mesti dapat punya. selepas ini kalau tak ada aral melintang, saya akan letakkan link nya kat sini.

Monday, October 12, 2009

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran


Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran



Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-QurĂ¢n! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."�

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."�

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Friday, October 9, 2009

ustaz dan gadis


tengah tengah melayan blog orang lain terjumpa pula post ni, dari layan4u, best dan boleh dibuat renungan bersama....

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...Ustaz tu terkedu sekejap.

Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”Gadis tu terkejut.

Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan